Sunday 17 January 2016

RESEPI AIR DETOKS DIY

Assalam sahabat..

TT curi masa kejap nk tulis entry ni sebab kejap lagi nak start siapkan kuah laksa pulak. Aaa cenggitulah rutin mingguan semenjak dua menjak ni. Selagi badan sihat, selagi masih brrnafas...berkojolah kito sekueknyoo..hahaha. ececeh..bukan susah pon buat laksa, senang baitu. Just prep kuah je yg leceh. Lain2 xde apa sangat.

Ok ni nak share ttg air detoks. Skrg ni mudah nak dapat, ramai yg jual sejak air detoks diperkenalkan. Tapi bagi TT baik buat je sendiri memandangkan tak melibatkan sukatan spesifik dan resepi yg susah. Cuma memerlukan kerajinan nak potong buah je, aii xkan itu pun tak larat buat?? Parah niii kalau sampai tahap cenggitu...dinasihatkan jumpa bidan. Urut pape yg patut bagi urat malas tu kasi kendur sikit.miahahha..

APA ITU AIR DETOKS?
Air detoks merupakan campuran air kosong dengan pelbagai jenis buah buahan, daun herba dan madu (optional).  Ada juga yg menggantikan madu dengan stevia iaitu sejenis daun herba yg memberi rasa manis semulajadi. Boleh dptkan di nurseri jika nak tanam sendiri. Untuk membuat air detoks, buah perlu direndam beberapa jam sebelum minum. Sometimes kalau rajin elok juga gunakan air panas dan masukkan daun herba serta buah buahan. Air panas lebih power utk mengeluarkan jus original buah-buahan tersebut. Cuma bagi buah tertentu maybr akan lebam. kalau lemon..prefer diminum ketika suam. Rasa pahit itu yg bagus yea..pahit itu ubat!

KEBAIKAN AIR DETOKS, APA DIA??
👉Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
👉Elakkan sembelit
👉Meningkatkan kadar serapan supplement
👉KURUS..mungkin sebab bila dah detoks senanglah badan nak bekerja lebih aktif. Umpama mcm kereta lepas servis enjin 😉

5 jenis campuran air detoks yang popular untuk kurus..jom kita tengok. Semua ni hanya gunakan bahan dalam dapur je. Senang tau..

1. Oren + Lemon + Halia
Buah oren bantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon untuk bantu pencernaan, dan halia bagus untuk sistem imun.

2. Timun + Rasberi dan Anggur
Timun untuk penghidratan dan singkirkan toksin. Rasberi sebagai anti radang, dan anggur untuk melawan kanser.

3. Strwberry + Lime
Strawbery kaya anti oksidan dan limau sebagai senjata anti penuaan kerana bagus untuk rambut, kulit dan kuku.

4. Timun + Lime + Lemon
Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus

5. Teh Hijau + Daun Pudina + Lime
Bagus untuk membakar lemak, penghadaman sakit kepala dan bau mulut

Lime tu boleh je gantikan dgn calamansi..wangi sikit dan kurang masam. Air detoks ni ada pelbagai resepi..boleh je try and error. Ekceli air buah memang bagus jika tanpa gula. Tapi kalau dh jadi CARROT SUSU, FRESH ORANGE hmmm takdelah berapa nak bagusnya. Kurangkan gula kalau nak kurang kalori.

Selamat mencuba ye kawan2.

No comments:

Post a Comment