Wednesday 27 January 2016

TAKDE DUIT, TAK CUKUP DUIT, SUSAH?

Assalam sahabat

Entry kali ni mungkin TT nak menyentuh sedikit ttg apa yg berlaku di persekitaran kita. Lately TT akui ada ramai org di luar sana yg tertekan..tertekan dgn kerja mungkin atau terkesan dgn kegawatan ekonomi yg melanda. Sebenarnya kalau ditanya dgn rata2 peniaga mereka turut terasa dgn bahang ekonomi yg tak stabil ni. Jgn tanya dgn org yg bergaji tetap..rujuk pd mereka yg bekerja sendiri. Sehari berapa mereka boleh dpt..sama tak dgn sebelum ni. Ada bbrp org kawan TT yg trlibat sbg freelance architect..designer..etc terasa susah sgt nk dpt projek skrg. Klu dpt pun mmg cukup2 je sbb customer betul2 bajet.

Bila terkenang itu, TT bersyukur kerana masih ada kerja. Cukup bulan blh pergi ATM check belen. Sambil2 tu niaga la apa yg patut. Siyes TT bersyukur. Bayangkan la mcm mana org lain jerit perih cari rezeki kan. Cuma satu bidang yg TT rasa akan ttp memten ialah bidang makanan. Margin untung x besar mana tapi kita blh collect cash hari2. Sometimes ada rerakan yg tanye..mcm mana TT boleh start berniaga. Well TT xde jwpn la. suddenly je kot. Dulu2 TT buat kek chocolate bodoh tu kan..alahai zaman bila tu. Tahun 2004 mcm tu. Bila TT baking, ada pulak yg nak order. Haha..lucu. so enjoy la pulak kannn bila org puji sedap. Masa tu TT dah advance guna ganache pakai krim. Cuma deko mmg gagal. Actually 1st kek yg TT bljr mmg CMC jenis kukus dan tanpa mixer. Jiran yy bg resepi. Selalu buat utk perut anak2 buah. Tp smp skrg cuma 2-3 org kot yg ada lah skill nk baking tu. Yg lain ada skill makan. Hahaha..

Jadi klu org kata tak tau nak bisnes apa..hurmm TT cdgkan start dgn benda yg kita minat. Klu x minat, jadi penat. Carilah something tak semestinya produk, maybe servis. Hmm menyolek? Atau buat tuition? Alah u ols lagi bijak2 mesti tahu apa nak buat. Kdg2 benda ni kene cari..kene gali..baru blh jumpa. Tapi itulah berniaga ni perlu ada seni. Bukan la seni apa pun..SENI MUKA TEBAL. Haaa tu yg utama. Dulu ada je org pdng TT mcm hurmm apa je la kan..bawak karung2 platik byk2 isi makanan nk delivery. Harga tak seberapa pun. TT tahu dlm hati diaorg maybe ckp apalah niaga benda camtu. Takde kelas. Itulah yg dinamakan seni. Org niaga mmg la muka kene tebal sikit. Org tolak tu biasa la..irg xnak beli pun biasa la. Kita xleh paksa.

Kalau malu..jgn menjual. Sbb bila bisnes, kene mengadap manusia. Lainlah klu buat online je xyah face to face. Satu lagi bisnes ni tak semestinya kene modal besar. Skrg ni ada byk jenis bisnes. Paling lekeh jd DS. Ada conpany yg byr RM20-RM30 utk stp produk yg berjaya dijual. Promosi la..tp yg bekerja tu jgn asyik nauu nk promot smp keje x buat. No..no..no.. oandai2 la bahagi masa ant hakiki dan sampingan. Jgn smp ada yg menegur..jadi tak best pulak. Sbb tu TT setup page senang nk update. Bila ada masa kita prep byk2 posting dan schedulekan je bila nak publish. Tak kacau time keje. Ada yg ckp TT update page kul 12..curi tulang. Hahaha..manade weh..mesti org tu xde page sbb tu dia x reti fungsi page.

Jadi TT rasa klu kita asyik mengeluh..xkan selesaikan masalah pun. Betul, mmg mungkin ada yg ckp keje teruk bukan kaya. X mengapa..sbb in future kita x tahu mcm mana ekonomi negara at least dh sediakan payung siap2. Dah bina network siap2. Kene ingat, bisnes ni perlu ada pelanggan. Kalau xde pelanggan..xde la bisnes. Masak byk2 ...takde org nak beli?? So apa jadi? Itu oentingnya bisnes. Dan network antara oeniaga-pelanggan ni perlukan masa tau utk bonding. Perlu masa utk build trust. Klu lah secara tiba2 je awak menjual..ingat ada ke org nak otomatik beli?? Xde ok. Kecuali awak bukak la meja kat mana2 berniaga. Direct dgn customer. Klu online..hurmmm still perlukan sedikit masa utk wujudkan kepercayaan pelanggan trhadap kita. Tak senang pun..dan tak la ssh sgt klu usaha.

So jauhkan la dari sikap suka mengeluh tu. Ibarat mcm tak redha dgn Allah. Kene usaha. Kalau lena...mmg xkan kemana. Malah sikap suka merungut ni klu diamalkan akan jadi kayap. Tau kayap??? Merayappp oiii satu badan. Tak bagus tu..nnt lama2.kita jadi x happy..bila tak happy kita stress..murung. lama2 sakit jiwa. Silap haribulan masuk paper lak terbunuh org tanpa sengaja..akekekke..aduii mintak dijauhkan. Oklah sahabatku...sblm tido cuba bygkan apa nak buat utk jana pendapatan sampingan. Jgn ckp xde masa..inshaa allah ada klu bijak mengurusnya. Cuma mungkin sahabat blm dlm keadaan terpaksa dn masih dalam zon selesa...jd x perlu bersusah payah cari alternatif. Bersyukur jika begitu.bagi yg sempit..fikir2kan. Masa tak tunggu kita...kadang2 berniaga ni pun kene ada sikao gamble kot.. nasib2 menjadi. Kalau sebaliknya....jadikan panduan dan asas utk lebih berjaya. Aminn.

TT doakan anda semua berjaya dlm hidup. Dunia dan akhirat.

Akhir kalam..
Dari TT

No comments:

Post a Comment