Saturday 6 February 2016

TEH O HALIA & LEMON MEMANG WOWWW KAW KAW

Assalam sahabat

Macam mana hari pertama cuti?? Best kr best? Hihi...ada lagi 3 hari u ols. Aduhaiii sehari berlalu begitu cepat, tak puas rasanya rilek2. Ehh xdelah rilek sangat sebanrnya banyak benda TT siapkan hari ni. Dari celik mata sampai ke malam ada je projek nak dibuat. Sempena cuti panjang, TT memang dh plan utk siapkan beberapa stok frozen. Bukan utk dijual tapi utk kami makan sendiri. Almaklumlah skrg barang dh naik harga. Kalau asyik membeli boleh tipis poket. Bukan kedekut sangat cuma eloklah kita berjimat cermat. lagipun sediakan makanan air tgn sendiri utk family kan bagus...dijamin kebersihannya.

Sebenarnya posting ni nak share psl air lemon dgn halia yg TT junpa ramai org post di FB lately. So TT pun terpanggil nak cuba. bkn tak pernah buat air halia tp asben TT mcm tak berapa nk minum. Dia mmg suka minum manis2. So rasa mcm terpanggil nak try resepi baru. maka hari jumaat lepas gigih la TT bershopping mcm2 kat food park parkson. Aduii best tau food park ni, walau price mahal tapi mcm2 ada dan segar2. Takde la bau yg x menyenangkan. TT mmg dulu suka pergi cold storage sbb baaanyk sgt produk yg xde kat supermarket lain. Food park yg ni hurmm x sehebat cold storage besar tp ok juga lah..siap ada jual rempah2 chef ammar lagi. Kelasssss kau jahhh..hihi

Dipendekkan cerita, TT grab halia muda, lemon dan bbrp brg lain. Nak beli madu tapi hurmm mcm tak ori je. Kene cari kat kedai arab kot. Last2 malas nk berjalan ke mara beli madu..TT abaikan je. Pas lunch time TT try bancuh halia lemon kat opis. Wowww..besttt giler. Rupanye kene guna halia muda kot utk resepi ni. Lagi syiokkk. Lain drpd halia tua yg TT buat sblm ni. Balik je umah TT buat 2 mug halia lemon dgn gula sikittt je. Amboii galak tgk encik asben minum. Dlm hati ckp..bagusss ni dia nk minum air sihat2. Xdelah asyik nk carik air manis sokmo.

Pagi tadi TT bancuh teh o halia lemon pulak. TT bancuh banyakk seteko besar..simpan dlm flask air yg thn panas tu. Klau u ols nk beli flask yg bagus..cari yg dalam dia kaca ye..mcm termos air panas org dulu2 tu. Skrg dh byk jual tapi cantik2 mcm jug. TT guna brand zebra. Dah 5 - 6 thn kot TT guna masih elok panas menyengat dr pagi smpai ke malam. Jgn beli yg thermos vacuum tu tau, langsung tak tahan panas. Sejam dua je dh sejuK. Ehhh citer pasal termos la pulak..hehe. actually memang tahan panas klu kita buat air pagi smp petang pun air tu mcm baru lagi buat..bestt. yg penting tak membazir, kalau air dh sejuk srlalu x syiokk nak minum dah ye tak.

Tapi jgn kata petang..pas bekpes tu kul 1 dh clear air dlm termos. Asben kata sedapp betul air halia ni tak mcm biasa. Dia mntak buatkan lagi. Waaa dlm hati dh mcm taman..ni petanda baik sbb halia mmg bagus utk badan. Sambil tu ada lemon pulak lagi..cuma TT tak campurkan madu dengan serai. Maybe next time kalau ada serai muda boleh TT ketuk dan eksperimen pula. Tgk feedback mcm mana. Jadi TT boleh simpulkan bahawa air halia ni memang sedap dibancuh jika kita gunakan halia muda berbanding halia tua. Perahkan lemon tak payah hiris ye. and rendamkan teh uncang dlm tu. Hasilnyee wowww. kita gandingkan bersama menu yg lemak2 tu kan..mesti cepat jee pemprosesan berlaku.

Resepinya senang ( utk 1 teko rendah)
2 inci halia hiris2
1 uncang teh
Perahan lemon segar (2tbs)
1tbs gula / madu
1kpg asam keping

** blh tmbah serai muda 1 btg klu ada. X perlu byk klu mula2 cuba.

SELAMAT MENCUBA

boleh jadikan amalan..buang angin dan kempiskan peyutttt

No comments:

Post a Comment