Showing posts with label chiffon. Show all posts
Showing posts with label chiffon. Show all posts

Sunday, 27 December 2015

HARI YG LETIH TAPI PUAS...

Assalamualaikum sahabat..

Di kala post ini ditulis..TT tgh lunjur kaki depan telebisen. Letih betoi la rasa..cam nak tetido. Tapi belum Isya lagi..kene tggu sat. Hurmm sedey hari ni sweetie pies dah balik umah mama papa dia. Jauh. Bila la nak balik lagi kan. Jrg jumpa...sob sob. Gitulahhh bila dah senja, emo memanjang.

Okeh hari ni TT smpat luangkan masa pi kenduri kawin. Aduhh sedap nya makan kambing panggang u ols. Hurmm terasa rasa smp malam..😊😊. Kene riki sapa la caterer nya tu kan. Kot kot next time nak guna leh hello hello. Hehehe. Pas majlis TT gigihkan juga jumpa supplier ambik stok. Manakan tidak, stok menipis. Pelanggan marah kalau asyik xde stok. Hiksss. Alhandulillah semua lancar. Maybe esok supplier hantar lagi separuh sbb tadi x cukup kaler yg TT request.

Ni TT sempat snap beberapa je..x larat oiii pinggang nak putuih rasa. Next time TT kene buat bilik operasi sendiri nampak gayanya. Ala2 stor ye jugak sbb semua kene csmpak dalam tu..studio pun dalam tu juga. Agak2 tetamu nk dtg..kasi locked itu bilik. Hahaaha...😁😁😁

Apa2 u ols refer di page or IG sbb slalu TT update kat situ je. oklah..sebelum berundur maafkan TT atas salah silap dan TT maafkan kawan2 juga. Esok belum tentu kita terjaga dari lena..andai tidak, moga mlm ini kita dah bermaaf maafan pada semua. Bukan apa TT sendu la lately ramai yg pergi tanpa disangka..sedih tau. moga mereka ditempatkan di kalangan hamba yg soleh dan solehah. In shaa allah..

Thursday, 17 December 2015

PLAIN SHAWL KEKNIS IS BACK RM9

Assalam sahabat2

Apa khabar harini? TT rasa minggu ni macam bz tahap gaban kottt, stressed!!! Tak tahu la kenapa, rasa banyak nau-nau keje nak disetelkan. Lagipun minggu ni tak ramai orang kat pejabat, alkisahnya. Kelamkabut la jugak sampai ada yg satu hari pagi sampai petang duduk meeting saja, rasa2 mcm AJK Meeting pun ye jugak..hehehe..apapun begitulah adat bekerja makan gaji ni. Patuh je pada arahan..cukup bulan kita cucuk dinding keluar kertas kaler2.

Ok ni TT nak story mory yg TT dah restock PLAIN SHAWL KEKNIS. TT jual harga murah-murah jewww RM9, material chiffon. Bagi TT material tu berpadanan dengan harga, bukan material yg keras kejung cam kain kapan. Memang cantik dan flowwy bila dipakai, inshaa allah. Taklah tebal sangat, standard chiffon. gunalah inner neck untuk menjaga aurat anda ye para muslimah sekeliannn..

TT memang letak fix price dah untuk SHAWL KEKNIS ni sebab TT rasa dah murah tu RM9 sehelai. Korang tunggu je abam pos tinn...tinnnn depan umah. Takyah nak berpanas, berpeluh ketiak nak jalan carik shawl ni. Ada juga yg tanya TT, ada untung ke jual RM9?? Hmmm...mana ada org berniaga taknak untung kan? Tapi TT saje letak RM9 tu sebab rasanya sesuai kot, TT memang tak amik untung banyak pun tapi alhamdulillah rasanya dah berkali2 TT restock shawl ni. Ada yang beli sekali 10 helai terus dan diaorg bagi feedback yang positif. Bagi TT, Berkongsi dan menggembirakan ramai orang kan lebih baik daripada untung sorang2. Lagipun TT amik direct dari supplier dan TT takde pun org tengah ke, agen ke nak diberi royalti/komisyen so TT boleh jual murah. Kadang2 harga yg mahal tu sebab pengeluar kene fikirkan untuk byr komisyen pada stokis, agen dan lain-lain. Tak tahulah, maybe itu kalau TT ada modal nak keluarkan tudung sendiri kott...tapi ada ke orang nak beli tudung TT kalau jual RM89.90 nih???? Hahahaha...choiii sangatlah...memang takde punyerrr.

Ok daripada merepek meaban, meh kita layanz je kaler2 yang hado...kat mata TT memang menarik la kaler2 ni rasa2 nak sumbat dalam almari je (memang dah sumbat ponnn bbrpa pcs). Tapi TT cuba bawak bertenang dan sabarkan diri kerana sesungguhnya semua ini dugaan...hahaha. Fitam TT tahan nafsu...


APPLE GREEN

AQUAMARINE

BLUE VIOLET - darker drpd amethyst

GREY

LATTE

MAROON

MILKY YELLOW - sweet mcm tembikai susu kaler oren


PURPLE - lebih kurang Fuchsia

RED VIOLET

SILVER

PEACH

jgn lupa FOLLOW & LIKE

FB PAGE  : Aliazhatul Hijab

INSTA : @ aliazhatul