Thursday 31 December 2015

MAKA BERLABUHLAH TIRAI 2015..



Assalamualaikum sahabat dan saudaraku..
Entry kali ini mungkin menjadi entry terpanjang TT agaknya. Kali ni TT takmau bercerita ttg produk. Sedar tak sedar lagi beberapa jam secara rasminya berlabuhlah tirai tahun 2015. Mengikut kalendar Islam ye tahun baru kita adalah awal muharram tetapi kita lebih meriahkan tahun yunani kerana sistem dalam negara kita mengiktiraf tahun ini. Sesi persekolahan, cuti2 umum dll semua telah sebati dgn diri kita srjak kita kenal nombor dan huruf. Jadi jgnlah menuding jari bila ada yg mengucapkan salam tahun baru. Anggap shj itu ucapan selamat yg mmg lazim kita ucapkan saban kali sambutan yg menggembirakan. Asal tidak berlebihan rasanya tak salah. Jgn malam tahun baru ini disambut di tmpt terlarang..dgn bercampur bukan mahram..bakal melahirkan ramai lagi bayi tidak berbapa bulan september tahun hdpn. Jauhkan..minta dijauhkan..Nauzubillah..

Tahun 2015 menyaksikan byk perkara berlaku dlm hidup TT. Klu dikenang..ada yg manis dan tak kurang yang pahit. Kerjaya..peribadi semua memberi suatu memori yg takkan dilupakan. Tahun hadapan..belun tentu kita dpt menyaksikan detik 12 malam 1 Jan 2017. thn ini juga TT kehilangan ramai teman seperjuangan..yg TT kenali..TT sanjungi. Allah..sesungguhnya ajal itu pasti tidak cepat dan tidak lambat. Muhasabahlah diri kita selalu. klu kita tak mampu memberi senyuman pada org lain..cukuplah klu kita tidak menyakitinya. Ewahh..bermadah TT mlm ni. 

Tanpa sedar hampir 2 tahun arwah mak meninggal..pada waktu ini tahun 2013 TT berulang alik ke hospital bergilir menjaga arwah. Emergency leave jadi perkara biasa.. akhirnya arwah tinggalkan kami di awal tahun 2014..rasa lost masa tu. Biasa jam 4.30 TT bangun masak lauk..panaskan apa yg patut. Kdg2 bila TT dh siap tiba2 mak terbuang air besar..kene urus dulu. Rutin ganti pampers setiap pagi jadi tjawab TT. Jadi bila mak takde TT lost mcm tak tau nak buat apa. Masa tu few days automatik akan terjaga waktu yg sama. For few days juga TT sebak tgk katil mak. And perkara yg pelik TT rasa ialah bila mak meninggal dan TT balik rumah..TT cium semua bantal mak..selimut mak..dah xde bau mak. Sedangkan kadang2 kain..selimut dan bantal mak tu terkena air kencing dan TT x sempat cuci sbb lepas bawak mak keluar wad terus ke rumah kakak. Jadi xde singgah rumah pun. Allah ambil semua kenangan mak smpai bau mak pun xde..TT rasa sedih sgt. Mungkin TT ni bukan anak yg baik sepanjang TT menjaga arwah mak sbb tu Allah tak tinggalakn apa2 utk TT.wallahu alam.

Bila kita takde siapa2..kita akan jadi kuat. Kita takde tempat mengadu. Percayalah..hati kita akaj cekal dan hadapi segalanya sendiri. apa jua masalah..kesedihan TT simpan segalanya dalam hati. Biarlah tidak terluah dan biarlah ia pergi bersama TT satu hari nanti. TT lalui tahun 2015 dengan mcm2 dugaan yg takde siapa oun tahu. Dan tak sangka TT smp juga di penhujung dan penutup tirai. apapun TT bahagia melalui beberapa pengalaman berharga tahun ni dan kejayaan paling besar TT capai ialah TT dh turun berat badan!!! Bertahun TT sinpan azam tu..dah tua2 ni baru la terlaksana. Alhamdulillah. Mudahan TT istiqamah hendaknya.

Pencapaian kerjaya TT rasa biasa2 saje. Kadang tak mampu pun ada nak teruskan. Sbb TT ni bukan org yg gila bekerja sgt..so xdelah apa yg membanggakan pun dpt TT capai. Dalam rumahtangga pun biasa2 je..masih tiada oenambahan ahli keluarga. Allah lebih tahu kemampuan hambaNya. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian yg jadi rahsia Allah. Entah...TT tak pandai nak mentafsir. Biarlah..TT serah segalanya pada takdir.

tahun ni TT tak byk cuti..mungkin terlalu sibuk dgn urusan kerja. Rekod paling baik seoanjang perkhidmatan TT berjaya carry 20 hari cuti kot. Wowww..pelik sungguh. Hajat nk ambil cuti minggu depan pun TT kensel sbb byk sgt hal nk diselesaikan. Aduhaiii...mcm tulah bila kerja kan. Redha sajelah. Apa yg TT harapkan tahun 2016.nnt akan memberi satu peluang yg lebih vaik utk TT dalam bisnes. Kalau TT ada bisnes yg stabil TT berhajat utk bersara awal sbb TT tak larat lah buat dosa membebel je bila keje bertimbun.. Itulah..nnt sakitkan hati org lain pula kan. Hihi. Tapi klu tak membebel..kita pula sakit sinpan dlm hati..haaa. TT bebel habis kat situ je..beselah popuan. Patut la akhir2 ni TT perasan tahi lalat kat bibir ni kan cam obvious je..patut pon TT asyik membebel (tahi lalat juga yg salah).

TT doakan semua yg baca coretan TT ni dimurahkan rezeki..sentiasa dibawah rahmat Allah dan diberi kesihatan yg baik. Sihat itu aset! Yang pasti 2016 adalah tahun yg serba mencabar, percayalah. Semua brg akan mengalami kenaikan harga..TT x dpt bygkan mcm mana nak survive dlm situasi tu. TT ni bukan takat 2 kerja dah...mcm2 kerja dah TT buat. Jadi kalau setakat saranan buat lebih 1 kerja tu tak jadi kudis untuk TT. Dah lama TT buat pelbagai kerja utk hidup..tapi TT seronok sebab dr situ TT kenal ramai sgt org..dari tak kenal jadi customer. Dr customer jadi kawan..seronok sgt 
jadi bagi yg suka beralasan tak tahu nak buat apa tu..jgn cari alasan lagi. Malaysia ni lubuk duit bagi yg berusaha. Memang susah..memang letih..memang penat..mcm tulah kehidupan. Nasib semua org tak sama. kita yg ubah nasib kita..biar tak kaya tapi tak meminta minta. Usahalah selagi boleh ye kawan2. Perniagaan x semuanya perlu modal besar. Start small..jgn tamak. Oklah tu je nak tulis..

Akhir kalam...SELAMAT TAHUN BARU 2016 dari AliaZhatul Hijab utk semua rakan..sahabat handai..sanak saudara..

Masa yg ada..luangkan dgn keluarga ye. Ingat mcm mana pun kita bergaduh tak berbaik dgn adik beradik atau keluarga kita..satu hari nnt mereka yg akan dtg mengurus jasad kita..memandikan kita..dan menghantar kita ke perjalanan yg terakhir. mereka juga yg akan sama2 membaca yasin utk kita. Kawan2 berpangkat..bergelaran belum tentu punya masa utk kita bila tiba masanya...

TT dengan TTK..ehhh kecikk ke
family day 2014..tahun ni x sempat kita berhari keluarga
aifilfitri 2015...tembam lagi masa ni. 4 di hdpn tu adik beradik TT
Besfay aiman..bila yerr
raya 2015 di umah TTK

No comments:

Post a Comment